ir-awok.diaryland.com

ganguan
12:01 p.m. - 2005-11-23

Dah dua hari jaga final exam,tapi pagi semalam ada cerita yang agak menyayat hati.Seorang nenek menghantar cucu lelakinya untuk menduduki peperiksaan akhir dalam keadaan hujan lebat.Kata nenek cucunya sakit akibat gangguan makhluk halus...setiap kali ada peperiksaan besar sudah pasti makhluk tersebut akan menganggu cucu kesayangannya sehinggakan cucunya tidak berdaya membaca surah-surah suci al-quran.Bila aku tengok student tu timbul rasa kasihan dihati kerana dia nampaknya betul-betul tidak terdaya untuk berjalan sekali pun.Sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan neneknya sempat berpesan kepada cucunya dengan linangan air mata supaya cucunya tabah dan kuat dan tak lupa membaca ayat kursi.Aku cukup terharu dengan keprihatinan nenek tersebut..sanggup memberi sokongan kepada cucunya yang aku rasa benar-benar down.

Nak katakan aku tak percaya dengan gangguan makhluk halus tidak jugak.Aku percaya..tapi bagi aku cucunya lebih kepada stress..Bila dah stress macam boleh berlaku.Mungkin student ni tak boleh bagi tumpuan pada study..kemudian stress..jadi macam2lah boleh terjadi..sesiapa ada pandangan dengan gangguan makhluk halus ni..boleh jugak dijadikan panduan untuk mengatasi masalah pelajar yang terlibat:-)

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina