ir-awok.diaryland.com

-
8:33 a.m. - 2006-10-02

Aku baru sahaja balik dari Pulau Tioman.Kalau nak dikutkan apa kejadahnya bulan-bulan puasa ni berjalan ke pulau.Tapi memandangkan ada teman yang memerlukan terpaksa juga aku gagahkan diri untuk menemaninyanya ke sana.Dia mempunyai masalah peribadi yang agak berat...kononnya perlu melarikan diri sementara untuk membuat keputusan yang betul2 tepat untuk dirinya. Sesampai sahaja di pulau terus sahaja check in di chalet peladang.Kemudian lepas solat zuhur berjalan-jalan di sekitar pulau untuk melihat tempat yang sesuai untuk memancing.Cadangan asalnya adalah untuk mememancing di tengah-tengah laut, tapi apakan daya pada sebelah petangnya angin bertiup kencang,maka cadangan asal terpaksa di batalkan.Selepas sahaja berbuka puasa lebih kurang pukul 9mlm acara untuk memancang di jalan..iaitu hanya di sekitar jeti sahaja...hmm..lebih kurang sejam meninggu baru dapat habuan yang di nantikan...seronok juga bermain tarik tali dengan ikan kerapau..selama ni hanya memancing di tepi sungai di hadapan rumah sahaja.Acara memancing diteruskan sampai pukul 3 pagi..tapi tak banyak sangat dapat..laut bergelora dan ombak kuat..katanya susah nak dapat ikan di waktu begitu.

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina