ir-awok.diaryland.com

Teman tapi mesra
2:15 p.m. - 2006-06-21

Aku dah tak tahu apa dah jadi dengan persekitaran hidup aku.Bila aku perhatikan banyak perkara yang semakin tidak kena.Kalau dulu aku ingatkan perkara-perkara sebegini hanya berlaku didalam novel-novel,drama-drama atau pun hanya sekadar cerpen.Tapi kini aku melihatnya sendiri.Hubungan pensyarah dengan pelajar yang keterlaluan,tanpa mengambil kira batasannya.Kalau sama-sama bujang tidaklah menjadi soal sangat..tapi ko tu laki orang..tak kesian ker dengan isteri yang jauh..tak terpikir ker soal etika..kalau ia pun mampu beristeri dua..jaga-jagalah hubunga tersebut..jangan sampai menjadi buah mulut orang..atau jangan sampai menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan pelajar lain.Kesannya adalah satu jabatan..malunya jugak satu jabatan...bagaimana nak jawab kalau ada yang bertanya?

Selain itu aku tengok gejala teman tapi mesra semakin menjadi ikutan..tanpa kira isteri orang, suami orang, atau pun tunang orang..tak salah keluar makan..tapi kalau dah asyik keluar bedua, siang dan malam..apa orang kata..sedangkan awak tu tunang orang...jangan marahlah kalau orang mengata...sebab tak pasti awak nak kawin dgn tunang awak ker dengan dia..kita ni berada dalam persekitaran ilmu..yang di mana-mana sahaja ada mata yang sentiasa mencari kesilapan kita..pada yang berkenaan kalau baca blog aku ni..ingatlah kita mendidik..macamana nak menegur orang lain kalau kita sendiri pun pincang..jagalah etika kan professionalisme..kalau nak buat hal..buatlah kat luar.

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina