|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Warisan WARISAN anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang
tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesamalah kita cinta lenyap diarus zaman
warisan berkurun lamanya hasil mengalir ke tangan yang lain pribumi merintih sendiri
kan lenyap peristiwa semalam tertutup lah hati terkunci mati maruah peribadi dah hilang
yang akan menentukan bangsa bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri
majulah dengan maha perkasa janganlah terlalai teruskan usaha melayukan gagah di nusantara * Hari ni aku teringat lagu ni.Dulu lagu ni adalah diantara lagu yang diajar semasa aku ditadika.Tadi masa masuk kelas, aku cuba tanya pelajar aku tentang lagu warisan ni..tapi takder sorang pun yang tahu..jawapan yang diberikan..tak pernah dengar lagu ni Cik..sedih rasa hati..bila generasi sekarang tak tahu lagu ni lagi..sedangkan lagu warisan ni..kalau dinyanyikan dengan penuh perasaan mampu meremangkan bulu roma..mampu menitiskan air mata...moga..kita tidak menjadi peribumi yg merintis sendiri |
