|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Mimpi Tentang Dia Malam tadi aku mimpi kawan lama aku yang sekarang ni entah dimana.Sama-sama makan sepinggan,tidur sebantal.Dek kerana salah faham aku dah lama tidak bersua muka dengan dia.Hampir 5 tahun.Kali terakhir aku bertemu dia semasa dia datang raya rumah aku,penghujung 1999.Dan aku dah hampir lupa tentang dia.Entah kenapa malam tadi aku bermimpi yang dia datang temankan aku kat spital.Dalam mimpi aku tu,aku tak sihat.Dia jaga aku semasa tu,dan kami begitu mesra di ketika itu..seperti tiada sengketa antara kami..apakah maknanya mimpi aku tu ekk..adakah dia jugak teringatkan aku..tertiba aku rasa rindu pada dia..dan kalau boleh aku nak seperti dulu..melepak di cofee beans sambil minum+makan chicken pie..aku rindu.. |
