ir-awok.diaryland.com

-
11:02 a.m. - 2005-01-14

Dulu aku rasa sedih sebab berpisah dengan dia,tapi bila lihat kehidupan isteri dia dan apa yang terjadi sehari dua ini aku sebenarnya bersyukur,dan selebihnya memang tiada jodoh aku dengan dia.Isteri dia selamat melahirkan anak pada malam rabu yang lalu,sedihnya anaknya meninggal dunia 2 jam selepas dilahirkan.Memang bukan rezeki dia.Cuma aku rasa kesal dengan sikap tidak ambil kisah dia.Dia kurang komited pada sebuah perhubungan.Dan kerana sebab itulah kami berpisah masa tu.Aku ingat sikap dia dah berubah,rupanya sikapnya tetap sama.
Ada ke patut masa isteri dia mengandung di biarkan isterinya balik dari klinik naik bas..sedangkan opis dengan klinik tak sampai pun 3KM.Dan dia sendiri tahu isteri dia tak beberapa sihat.Apa yang penting bagi dia adalah kerja dia,sedang kerja tu bukannya tak boleh ditangguhkan.Begitu jugak semasa isteri dia dimasukkan ke hospital untuk bersalin,waktu pun masa tu doktor dah masukkan ubat untuk menggesa baby keluar,dia masih di pejabat,bila aku tanya kenapa dia tak tunggu isteri dia sampai bersalin,jawapannya kerja dia banyak,kalau duduk sana pun nak buat apa,bukannya boleh masuk.Lebih baik dia datang opis dan datang petang nanti.Aku rasa masa tu macam nak maki jer dia..isteri kau tu nak bersalinkan anak kau..kau kena bagi support kat dia..kerja kat opis ni boleh tinggalkan dulu..dalam hati aku masa tu..tuhan ajalah yang tahu betapa aku kesiankan isteri dia..dan bertapa bersyukurnya aku.Aku sedih bila dia buat isteri dia macam tu,macam dia tak menghargai isteri dia,susah payah isteri dia mengandungkan anak dia..aku letakkan diri aku dalam keadaan isteri dia..mesti isteri dia sedih..Aku hanya mendoakan semoga isteri dia tabah.Dan aku jugak mendoakan semoga dia berubah..berubah menjadi suami yang bertimbang rasa..suami yang mempunyai perasaan kasih sayang yang tinggi yang ambil berat pada isteri dia sendiri.Aku harap pada membaca...hargaiilah isteri sebaiknya..kerana dia adalah orang yang paling hampir dalam hidup anda.Jangan terlampau pentingkan kerjaya.Al-fatihah untuk anak dia.Buat S bersabarlah.

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina