|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Pertemuan Orang kata kalau mata berkelip-kelip maknanya nak jumpa orang jauh...secara tak sengaja masa aku ke SOGO khamis lalu bertemu dengan coursemate masa study dulu.Masa tu tengah membelek jeans dan secara tak sengaja dia berpaling pandang aku,dan aku pulak terus terpandang dia...Nasib baik teringat nama dia..kalau tak sure dia kata dia nak canang satu dunia..cik tak dah sombong tak kenal orang.Kali terakhir berjumpa tahun 2000.buat gathering kat Bintang Walk...menurut kak iza semua orang dah kawin melainkan kita berdua..huhuhuhu..semua dah mulakan proses mengawan kata dia..Lupa plak ada lagi satu kawan tu..dia bekerja kat UTP mash single lagi..dan alhamdulilah dia akan menunaikan fardu haji 13/1..insya allah aku akan berjumpa dia sebelum dia pergi tu..moga dia dapat ketenangan disana nanti..dan insya allah kalau ader rezeki aku akan menyusul pulak nanti.Dan sebelum berpisah kak iza dah berjanji akan mengumpulkan klik kita orang untuk pertemuan akan datang.Teringin nak berjumpa dengan mak dan bapak budak.Semoga pertemuan itu tercapai..amin. |
