|
ir-awok.diaryland.com
|
|
RINDU Tertiba aku rasa rindu..rindu pada teman-teman yang sama-sama menuntut ilmu di ITM Pulau Pinang satu ketika dulu...Rindu pada sawah yang menguning yang betul-betul didepan hostel..rindu pada ulat-ulat charli kalau kena gigit mampu mencairkan kulit..Aku rindu dengan Lida..Chaah,Ad,Lin,Ella dan tak lupa pada Rebecca John yang selalu kejutkan kami untuk semayang subuh.Dan tak lupa pada Ustaz Zulkepli yang satu ketika dulu pernah nak simen kepala aku sebab masih tak pakai tudung walaupun telah disuruh..hehehehehe ;-)Masa tu yang tak pakai tudung masa pendaftaran cuma aku dan marina.Kami diberi masa seminggu untuk memakai tudung.Untuk pengetahuan semua,kalau di ITM cawangan semua pelajar dikehendaki bertudung.Tak macam di ITM Shah Alam.Bebas.Tapi memandangkan kami berdua ni degil sikit masa tu,hanya pakai tudung semasa kelas UIS jer,tu yang kena sound dengan ustaz Zul..dia kata "Esok kalau awak berdua tak pakai tudung saya simen kepala awak"Hehehehehee..Nak tak nak esoknya we all pakai tudung..pada mulanya pakai masa dikelas jer...tapi lama-lama timbul pulak rasa malu pada diri sendir...alhamdulilah aku dan marina terus bertudung sampai sekarang.Kalaulah tak kerana Ustaz Zul nak simen kepala rasanya sampai sekarang tak pakai tudung lagi.TQ buat Ustaz Zul.Nasib baik taklama kat sana,semester dua semua budak EE berpindah ke Shah Alam..aku suka sangat..sebab boleh balik umah tiap-tiap minggu..sedangkan duduk Penang yang jauh tu aku balik dua minggu sekali.Bila dah grad semuanya membawa diri masing-masing..aku lebih rapat dengan Lida..semua benda we share bersama..Lida baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan faizal bulan dua yang lalu..kini cuma tinggal aku jer yang masih single..kali terakhir kami berjumpa masa aku ker Shah Alam atas urusan kerja 2 tahun yang lalu..Aku rindu suasana dulu.Harap kalau panjang umur kami akan berjumpa kembali.Aku akan menjejak mereka kembali..INSYA ALLAH. |
