ir-awok.diaryland.com

-
3:31 p.m. - 2004-08-11

Semalam aku buat test.Aku bagi masa satu jam untuk mereka siapkan test aku tu.Soklan yang aku bagi semuanya ada dalam tutorial minggu lepas.Kalau dia orang buat tutorial dan lab aku,aku rasa tak ada masalah untuk dia orang jawab soalan tu.Bila dah cukup sejam aku,aku katalah masa dah cukup.Sila hantar semua kertas ke depan.Ko Pahamlah budak-budak ni..bila kau suruh hantar pun dia buat dunno jer..jadi aku buatlah macam budak sekolah rendah.."Saya bilang 1,2,3...saper tak hantar saya tak nak terima dah..maka bertempiaranlah buadak-budak ni menghantar kertas.Bila aku dah keluar tertiba datanglah satu mamat ni,hulur kertas dia kat aku..mulalah aku nak hangin.kan saya kata hantar tadi..kenapa awak tak hantar..mamat ni jawab..saya tak dengar cik..aku jawab balik awak duduk depan saya mustahil awak tak dengar..maafkan saya cik..tadi saya buat guna pencil tu yang saya salin balik tu.aku jawab balik..saya tak kisah awak nak tulis pakai apa pun,yang penting bila saya kata hantar,awak hantarlah.Budak tu ikut aku sampai kat bilik aku..kesian jugak aku tengok dia merayu macam tu..tapi aku cakap dengan dia..maafkan saya..saya tak nak terima kertas awak sebab awak tak hantar pada masa yang saya tetapkan.Kalau awak nak awak boleh datang jumpa saya kemudian ambil test lain dan soklannya jugak lain.Dengan muka yang masam budak tu keluar dari bilik aku.Tadi aku masuk lagi kelas budak tu..Aku tunggu jugak kalau dia tanya aku bila dia boleh ambil balik retest tu..tapi nampaknya dia tak ambil pusing pun...Zalim ker aku buat dia macam tu?Tapi sebagai pengajar aku ada etika kerja,cara kerja...mungkin zalim pada dia..tapi sekurang-kurangnya aku nak dia sedar..supaya mengikut arahan yang ditetapkan..dan secara tak langsung aku mengajar dia supaya menepati masa...

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina