|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Tayar pancit Sebenarnya aku tak ader cerita baru nak cerita.Cuma aku tak tahu tahun ni badi apa yang menimpa kereta aku.Dalam separuh tahun pertama ni dah 3 kali kereta aku pancit.Kali pertama tu kat Bangi masa tu nak date dengan kak seri dan juga salina.Nasib baik tayar tu pancit masa parking kereta kat rumah kak seri.Dan semasa kat rumah kak seri tu jugak aku belajar dari kawan salina iaitu Lau cara-cara untuk menukar tayar.Kalau tengah-tengah highway mahu meraung aku dibuatnya.Kali kedua awal bulan ni masa on the way ke Putrajaya.Kali ini lebih bernasib baik sebab semasa berhenti untuk mengisi minyak di Hentian Jejantas Ayer Keroh dah perasan tayar belakang sebelah kiri anginnya kurang..jadi ambil keputusan untuk turun simpan Ampat..drive ke Tampin untuk check tayar..hmmm..sah ada paku..nasib baik perasan awal kalau tak naya jerr...Dan yang terbaru ni masa aku ke Melaka dengan Pae,masa drive keluar dari Hospital aku dah rasa kereta aku semacam jer..tapi ingatkan perasaan aku jer..aku terus drive dan park kereta untuk makan..maklumlah sejak pagi aku tak makan apa-apa..Pae dah menonong cari tempat duduk dan aku check tayar..sah kali ini tayar depan sebelah kiri...arghh..aku lambai Pae..aku cakap dengan dia tayar pancit...masa tu dah pukul 7.30 malam dah..aku masuk kete balik dan drive ke tempat yang terang sedikit untuk memulakan operasi.Nasib baik Pae memang budak Engine mcm aku,so takderlah dia lembik mcm PMT..so kami sama-sama menjalankan operasi jck tayar dulu..dan kemudian menggunakan tenaga yang ada untuk membuka tayar..nasib baik si Lau dah ajar skill membuka tayar..alhamdulilah operasi berjaya..bayangkanlah we all yang berpakaian penuh sopan santun(Baju Kurung) membuka tayar...:-)Tiba pulak masa untuk memasang tayar..kali ni pulak aksi berdiri kat atas pemutar skru tu untuk mengetatkan tayar..perghh..berpeluh di buatnya..Bila dah siap ketatkan skru...then tengok muka masing..dan tangan yang hitam..berderai ketawa we all...hahahahha..tak sangka hari ni memang mahal rezeki.Nak tahu kenapa aku cakap mahal rezeki..first sebab aku dengan penuh bangganya dengan duit kat poket tinggal RM30 pun selamba je drive ke Melaka..dengan alasan takper..karang kat Jusco boleh withdraw duit kat Bank Rimau kat situ..then aku dengan bangganya cakap dengan Pae..lepas ni kita di Umbai makan Seafood ker..paling-paling tak pun steamboat kat Jusco ni..:-)..so aku dengan bangganya beraturlah untuk ambil duit..bila tiba turn aku aku sengihlah dengan Pae..ahaks..maklumlah kononnya banyak duit..hehehhehe..tertiba bila aku nak keluar duit...keluar lah message..Urusniaga anda tidak boleh dijalankan pada masa kini..arghhh tensionnya aku...rasa nak patah-patahkan aja kad ATM tu..betapa tak gunanya kalau kau ada duit..kalau kau tak boleh keluarkan duit kau.Second rezeki aku mahal sebab tayar pancit,sedangkan dalam poket kau cuma ada RM30.Nasib baik ada tayar spare..kalau tak naya....Moralnya kat situ...bawaklah duit banyak sket kalau drive jauh-jauh..manalah tahu tertiba jadi macam aku naya jer...Pae cakap kat aku..takperlah awok..daripada musibah lain..lebih baik tayar pancit...Dan settle semua dengan tidak melenggahkan masa lagi we all drive ke kedai makan tadi..untuk menikmati makanan yang dah lama diidamkan..memang lapar gila...hehehe...Lepas makan terus bergegas balik T*n*k*k..dan Pae cakap.."inilah first time aku tengok kau drive 60Km/J"...hehehe..takutlah ngok..kita yang pasang tayar tu tadi,entah ketat entah tidak skrunya..biarlah slow janji selamat sampai..alhamdulilah akhirnya kami selamat sampai kat umah..puas aku berdoa semoga perjalanan selamat. |
