ir-awok.diaryland.com

Politik Opis
3:07 p.m. - 2004-07-19

Aku tak faham macamana kau nilai aku.Tapi aku kecewa dengan cara kau menilai aku.Mungkin kerana cara hidup aku yang sentiasa tak serius kau ingat aku tak serius dalam menjalankan tugas aku.Apa tugas yang aku tak buat.Apa silap aku.Kalau aku ada salah apa-apa kat kau,dan ada cara aku menjalankan tugas yang tak kena dengan cara kau,kau tegurlah aku..kau bagitahu aku..bukannya kau tenyeh SKT aku dengan markah yang cukup BODOH bagi aku.Aku rasa macam kau menikam aku dari belakang.Aku dengan kau bukannya baru kenal,kau kawan aku.Hubungan kita agak rapat,sebab kita sama-sama membangunkan tempat ini.Yang membezakan aku,kau ketua jabatan aku.Kita pernah makan sepinggan,tidur sebantal.Cara kau tak betul.Nasib baik aku dok sibuk2 buat permohonan sambung belajar,kalau tak mati hidup semula pun aku tak tahu markah sebenar SKT aku yang kau bagi.Kalau ikutkan amarah aku,aku memang dah nak gaduh dah dengan kau,nasib baik Mr. R nasihatkan aku sebab kau mengandung..kau susah nak mengandung..kalau tak memang sesenang jerlah aku smash kau.Akhirnya aku luahkan amarah aku pada ketua unit aku "AKU KATA JANGAN JADIKAN PEN TU SEBAGAI PENJAHANAM MASA DEPAN ORANG".Aku tak pernah gunakan pen aku untuk jahanamkan orang-orang dibawah aku.Aku pujuk diri aku sendiri..rezeki bukannya ditangan kau..kalau aku ikhlas buat kerja..insya allah adalah ganjarannya nanti.Cuma nak luahkan rasa terkilan aku.Aku dah tak hepi nak buat kerja.Tapi takperlah..yang lepas tu biarkan lepas..tapi kalau tahun ni..kau masih nak buat mcm tu lagi..kau tengoklah aku mengamuk tak mengamuknya nanti....SIAPKANLAH REASON KAU SATU-SATU..dan aku sendiri akan catitkan sekali aktiviti...jangan jadikan aku staff yang berkira.............

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina