ir-awok.diaryland.com

Dari Kaki Tangga Ke Menara
12:41 p.m. - 2004-05-27

Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang

Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam

Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang

Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki

Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali

Dengan rasa percaya pada keupayaan diri

Tiada yang mustahil dihadapi

( korus )

Demikian kebalnya ikatan kita

Demikian eratnya jalinan rasa

Keyakinan diiringi doa

Begitu percintaan kita

Sebati dengan cita-cita

Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan

Kau beroleh kejayaan

Dulu di kaki tangga

Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu

Dan mereka yang membantu

Moga tak kau abaikan

Amanah dan kewajipan

Lagu ini pernah menjadi lagu kegemaran aku pada 10 tahun dulu..Di ketika itu aku masih lagi belajar di PPD dan dia berada didalam tahun akhir..di ketika itu..hubungan kami masa tu adalah sekadar kawan biasa saja..diantara senior dan juga junior..maklumlah aku pelajar baru.aku tak biasa dengan subjek-subjek teknikal ni..jadi aku perlukan seseorang untuk menjadi pembimbing..hehehehehe..sambil menyelam minum air..dia selalu tolong aku siapkan lukisan kejuruteraan aku.aku tak pandai dalam subject ni..selalunya kertas lukisan aku akan koyak kalau aku dah tak dapat buat..dia selalu coolkan aku...dan dia akan siapkan lukisan aku yang terbengkalai tu..hidup aku kat kampus masa tu rasa happy sangat..sebab kalau ada masalah soal pelajaran ader orang nak tolong..tu belum lagi dengan nota & buku-buku..pendek kata aku save duit nak photostate nota dan beli buku.. Bila dah dekat akhir semesta..aku rasa sedih sebab dia dah nak grad..aku akan tinggal sorang-sorang kat sini..aku rasa kehilangan sangat...tapi we all dah janji akan selalu berjumpa..bila result keluar..dia grad dengan jaya dan aku alhamdulilah lulus exam dgn result yg membanggakan..dan dia dah dapat kerja di Seremban..so jarak diantara we all taklah jauh sangat..kami sering berjumpa dan kadang-kadang dia akan hantar aku pulang ke kampus dengan TZMnya..bangganya aku masa tu ada kwn pakai motor besar..dari dia aku belajar bawak motor besar..walaupun dia dah kerja aku harap dia akan sambung belajar semula..dan aku sendiri berharap kita orang akan belajar ditempat yang sama nanti..akhirnya pada tahun akhir aku mengisi borang untuk sambung belajar dan dia turut serta mengisi borang..dan kami bernasib baik akhirnya dapat sambung belajar diIPTA awam yang sama..tapi aku di cawangan lain..hua..hua..hua..aku sedih pada masa tu..dia di shah alam dan aku di pulau pinang..namun alhamdulilah aku hanya satu semesta jer kat sana dan akhirnya kami bersama semula di shah alam..aku gembira disaat itu..kami sentiasa bersama..namun tetap menjaga batas-batas yang sepatutnya..aku sangkakan panas hingga ke petang..namun hujan ditengah hari..entah mana badai melanda juga..semuanya bermula dari aku menolak sebarang ikatan yang sah sewaktu bergelar pelajar..sebab aku tahu aku tak mampu nak jalankan tanggungjawab yang banyak dalam satu masa..aku tak mampu nak jadi pelajar dan isteri diketika itu..ditambah dengan kedudukan kewangan yang zero mana mungkin...dia berkecil hati dengan aku..dari hal yang kecil sengaja dibesar-besarkan...dan akhirnya aku menarik diri dari perhubungan ini..biarlah kalau itu yang terbaik..di ketika itu terlalu sukar untuk aku lalui semuanya..dia berada disetiap sudut..dimana ada aku..disitu ada dia..aku hampir sakit jiwa..aku ambil masa satu semesta untuk membina kekuatan..aku terpaksa dropkan subject yang aku tak boleh nak bawak..aku kehilangan punca..bila result keluar hua..hua..aku kena repeat 2 paper..pada awalnya aku salahkan dia kerana aku fail..tapi bila aku dah tenang aku salahkan diri aku sendiri kerana aku cuai..sejak dari itu aku bangun semula..aku bertekad walau apa pun terjadi aku tetap nak grad semester ni..semesta tu aku buat giler..aku ambil subject sampai 28 jam kredit..PA aku tak bagi asalnya..aku tak kira...akhirnya dia sain jugak borang pendaftaran subjek aku..Terima Kasih En Uzir sebab percayakan saya..alhamdulilah..aku bejaya lulus dan grad on time..tu pun setelah berhempas pulas..aku tak tahu pasal dia..aku langsung tak ambil tahu pasal dia...sampailah aku grad..alhamdulilah aku menganggur tak lama..namun yang aku tak sangka di saat aku melaporkan diri di jpa..masa tu masih kat the mall lagi..dia pun sama melaporkan diri untuk jawatan yang sama..namun di saat itu dia dah beristeri..yang membuatkan aku nak pengsan kat situ jugak.isteri dia adalah kawan baik aku..sampai hati dia orang kawin tak ajak aku..entah bila mereka menjalinkan hubungan aku tak tahu..di saat itu aku hanya mampu tersenyum sinis..biarlah..sehingga kini seandainya ada mesyuarat yang berkaitan kami sentiasa bertemu..namun aku masih belum mampu untuk berbual mesra dengan dia..kalau berbual pun sekadar perkara yang berkaitan dengan tugas..dengar khabarnya rumah tangga nya tengah bergolakkan..aku tak mahu dikatakan menangguk di air yang keruh..yang terjadi biarkan terjadi..usah ditambah bara yang tersimpan..sebagai kawan aku tetap mendoakan kebahagiaan dia.semoga dia dapat memulihkan semua rumah tangganya.....

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina