|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Geram "Hanya pada tuhan Tempat mengadu Moga hati ku tabah selalu Sewaktu gembira Dulu kita bersama Waktu duka ku sendiri" Kat sini aku selalu meluahkan rasa...mengadu tentang ketidak puasan hati aku..tapi aku tahu kau tak akan membaca apa yang aku tulis..kau tak akan ada masa untuk itu..Aku sedikit kesal sebab kau kawan baik aku..aku tak kisah kalau kau tak ada pulus untuk masukkan duit aku yang aku bagi kau pakai dulu..tapi sekurang-kurangnya kau smslah aku..kalau takde kredit alasan kau..banyak public phone kat luar tu..takkan kau tak boleh singgah sekejap bagitahu aku..."iza i tak boleh nak masukkan sebab i.........."aku tak kisah..aku boleh cari alternatif lain..aku boleh cuba godek mana-mana yang terselit kat celah bantal..kat celat kain kat umah tu..tapi kau buat aku tertunggu-tunggu..tu yang aku tak suka..rasanya kau dah cukup faham apa yang aku suka..apa yang aku tak suka..antara kau dan aku bukannya kawan-kawan tepi jalan..tapi antara kau dengan aku kawan makan sepinggan,tidur sebantal,minum secawan..bak kata mak aku.. kata mak kau..kalau kita ni boleh kawin dah lama dah kena kawin..mungkin kau ada masalah kepulusan sebab kau baru kawin..tapi aku rasa itu bukan alasan untuk kau berdiam diri..kalau kau baca blog aku..aku harap kau tak berkecil hati..aku cuma nak kau pikir jer...tak semestinya bila kau dah kawin kau akan tinggalkan semua sahabat-sahabat kau..kerana ada ketikanya nanti kau akan mencari kawan-kawan kau balik..masa tu nanti jangan pulak kau kata kita orang tak nak kawan dengan kau...tapi sebenarnya kita orang agak terkilan dengan sikap hubby kau yang tak tahu nak hormatkan kawan-kawan kau...arghh..malas aku nak pikir.... Terpulanglah kat kau... |
