ir-awok.diaryland.com

Apa Itu CINTA
8:13 a.m. - 2004-02-20

Apa Itu CINTA

Cinta merupakan satu perkata yang sungguh “powerful”.Cinta sebenarnya merangkumi pelbagai perasaan iaitu: dendam,kasih,sayang rindu suka,duka dan apa lagi yang kadang-kadang kita sendiri sukar untuk mentafsirkan.Cinta boleh diterjemahkan dalam pelbagai keadaan, dimana yang sedang bercinta akan menterjemahkannya dengan kemesraan dan kasih sayang yang mengasyikkan.Kata-kata yang indah dan pelbagai hadiah menjadi pengganti diri.Yang telah berkahwin mungkin dengan cara mereka yang tersendir,namun yang menyedihkan mungkin tiada lagi hadiah ataupun kata-kata mesra yang dilafazkan semasa di alam percintaan dulu.

Rasa cinta sebenarnya perlu diluaskan skopnya,bukan hanya kepada pasangan yang bercinta,tetapi pada keseluruhan kehidupan kita.Cinta yang paling utama adalah kepada Allah dan Rasulnya..Cinta Kudus antara ibu dan anak dan juga cinta sesama manusia.

Rasa cinta perlu disemarakkan dengan kasih sayang sepanjang hayat dengan penuh perasaan yang tulus dan ikhlas.Dengan itu barulah kita dapat melihat kesannya pada diri kita dan juga masyarakat sejagat.Kasih sayang mampu membina manusia menjadi insan yang kamil.Penghayatan dan amalan berkasih sayang mengikut modul dan panduan al-quran mampu membina insan dengan nilai-nilai murni.Dan ia juga dapat menghindarkan diri kita dari kemungkaran kerana kasih sayang yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas dan bukannya kerana nafsu semata.

Akhirnya “cinta bukan mengajar kita menjadi lemah,tetapi membangkitkan kekuatan,cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat” (Dr. Hamka)

back | forth

Navigate

new
old
cast
rings
reviews
book
notes
design
hostess


About Me

» Awok
» From Negeri Sembilan
» Single
» 28 years old
» Technical Training Officer
» Travel
» Fun


Lets Chatz

Name

URL or Email

Messages(smilies)


Frenz

Ayue
Ayaka
KakNgah
Mely
Nina