|
ir-awok.diaryland.com
|
|
Coretan selepas cuti. Masa cuti rasa cina mood tak berapa baik..sebab diserang batuk dan migrain.Masa banyak dihabiskan dirumah bersama keluarga.Melayan sepupu yang nakal-nakal tapi cerdik.Niat di hati sebenarnya nak ke kuantan tapi terpaksa di batalkan kerana badan yang tak mengizinkan.. Bila dah musim cuti macam ni..mesti ada majlis kawin..dan bila dah ada majlis macamni biasanya aku akan jadi driver mak hantar dia ke majlis tersebut..bila mak dengan kawan-kawan dia mulalah kena usik dengan kawan-kawan dia...tapi nasib baiklah aku ni buat dek jerr..kadang-kadang aku terasa jugak bila dia orang cakap aku memilih..mana ada aku memilih..tapi belum ada jodoh lagi...nak buat macamana? Jadi kesimpulannya soal jodoh ni bukannya keja kita..kita cuma berusaha dan berdoa saja..kalau ada adalah...:) |
